Biey! Ada sesuatu yang nak saya ceritakan kat awak. Sesuatu yang selalu buat saya teringatkan awak… Rindukan awak! Saya nak awak tahu… Awak fahami… Bahawa tiada insane lain yang boleh saya anggap sebagai sahabat yang lebih sempurna daripada awak. Bukan emas dan permata yang saya mintak dari awak. Sebaliknya…sekadar sebuah persahabatan yang penuh dengan kejujuran serta keikhlasan hati.
Syg… Dalam soal ini terus-terang saya katakan, tiada insane lain yang boleh menandingi awak kerana awaklah satu-satunya insan yang saya sayangi. Insan yang terlalu isimewa di hati saya, insan yang sentiasa mengerti akan kesucian sebuah persahabatan sejati.
Darling! April depan terlalu istimewa buat diri saya kerana bulan itu yang menyatukan perasaan kita ke jurang yang lebih dalam. Persahabatan yang telah membenih rasa cinta di antara kita.
Biey! Saya benar-benar nak awak tahu. Betapa istimewanya awak dalam hidup saya dan sebab itulah saya sentiasa menyokong, member semangat dan dorongan atas apa sahaja yang awak lakukan. Saya juga sentiasa mendoakan apa yang awak impikan dan perjuangan awak akan tercapai. Saya tetap akan tunggu awak sampai awak habis belajar…sampai awak dapat capai cita-cita awak. Saya tak kisah, saya tetap nak tunggu awak… Saya yakin, cinta kan tetap cinta. Dan janji kita tetap kita genggam erat untuk sama-sama setia, walaupun banyak benda yang menyakitkan berlaku di antara kita.
No comments:
Post a Comment